Priyanka terima banyak aura negatif, elak toksik

- Advertisement -

Los Angeles: Pelakon Priyanka Chopra, 38, mendedahkan dirinya lebih banyak menerima aura negatif daripada komuniti Asia Selatan berbanding sokongan sepanjang kariernya.

Priyanka berkata, komuniti dari rantau itu lebih memandangnya sinis dan sentiasa mengkritik dirinya tanpa alasan munasabah.

“Saya dapat merasakan mereka melindungi saya, tapi dalam masa sama bersikap sangat sinis. Aura negatif diberikan mereka sangat ketara dan sentiasa mencari kesalahan saya tanpa alasan munasabah.

“Dalam industri hiburan, artis berkulit coklat boleh dikira dengan jari saja. Kami sudah cuba berusaha untuk mencipta lebih peluang kepada orang seperti kami, tapi kenapa banyak reaksi negatif diterima?

“Sewaktu baru mula bekerja di Hollywood, saya mendapati ia bukan normal apabila orang tidak sedar bahawa artis keturunan India boleh menjadi watak utama dalam program Hollywood,” katanya.

Priyanka juga menjelaskan kenapa dia lebih memilih untuk tidak aktif bersuara mengenai isu penting dalam media sosial. Menurutnya, dia tidak mahu terperangkap dalam situasi toksik.

“Kamu perlu sedar, saya berada di posisi dalam situasi tidak akan menang. Apabila bersuara saja, saya akan menjadi perbualan di meja makan.

“Tiada faedah untuk membincangkan perihal yang tidak cukup penting. Kedua, saya adalah figura awam, pelakon, namun kerjaya saya tidak bergantung kepada pendapat umum.

“Saya kena terus fokus untuk kerja-keras dan memberikan hasil terbaik supaya dapat dinikmati orang lain. Saya hargai setiap sokongan yang saya dapat, namun tidak akan mengendahkan orang yang sentiasa mencipta toksik,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat