Himpunan Anti-Rasuah : 10 Mahasiswa Dipanggil Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sepuluh mahasiswa yang menyertai Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dipanggil pihak polis untuk disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kumpulan pelajar tersebut tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar 1.30 tengah hari dan selesai memberi keterangan kira-kira dua jam kemudian.

Menurut Wakil Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff, tindakan pihak berkuasa ini menimbulkan kebimbangan kerana ia dilihat sebagai cubaan menakut-nakutkan suara anak muda yang memperjuangkan keadilan.

“Mahasiswa turun ke jalan bukan untuk mengganggu ketenteraman, tetapi untuk menuntut negara yang bebas rasuah dan kezaliman. Namun, mereka kini disiasat seolah-olah melakukan jenayah,” katanya kepada media.

Beliau turut membandingkan keadaan ini dengan perjuangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang dahulu.

“Mereka sendiri pernah berhimpun dan berarak menuntut reformasi. Apakah prinsip keadilan yang mereka junjung dahulu kini mahu dikuburkan demi keselesaan politik? ” katanya.

Beliau menegaskan bahawa mahasiswa tidak akan gentar dengan tekanan yang diberikan dan akan terus bersuara demi keadilan.

“Jika kerajaan benar-benar berpegang kepada prinsip MADANI, buktikan dengan tindakan, bukan sekadar retorik. Hentikan segala bentuk penindasan terhadap suara rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, mengesahkan bahawa kesemua 10 mahasiswa tersebut telah selesai memberi keterangan di IPD Dang Wangi dengan diiringi oleh lima orang peguam.

Himpunan yang berlangsung pada minggu lalu itu dihadiri kira-kira 200 peserta, yang berarak dari sebuah pusat beli-belah terkemuka ke Dataran Merdeka.

Dalam perhimpunan tersebut, peserta mengemukakan tiga tuntutan utama, antaranya meminta kerajaan mempercepatkan pemisahan Pejabat Peguam Negara daripada Pejabat Perdana Menteri.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat