Pakej Jalur Lebar diturunkan kepada RM69 sebulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakej Perpaduan Jalur Lebar seiring konsep Malaysia Madani yang menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data) hanya berharga RM69 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan pakej itu akan mula ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Harga pakej yang ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89 bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.

“Pakej in adalah dengan keriasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro,” kata Fahmi dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia Madani.

Jelas Fahmi lagi, pakej ini selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup, saya ingin mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat