KKDW salur RM400,000 bina semula jambatan dan jeti Pulau Pababag

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyalurkan peruntukan RM400,000 kepada Pejabat Daerah Semporna bagi pembinaan semula jambatan dan jeti Pulau Pababag.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, KKDW telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna supaya jambatan dan jeti yang runtuh berkenaan dapat dibina semula dengan segera.

“Saya telah mengarahkan pihak KKDW untuk segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera kerana laluan tersebut adalah laluan biasa bagi urusan pergerakan harian penduduk termasuk menghantar anak-anak ke sekolah serta Tadika Kemas, Pulau Pababag.

“KKDW telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna bagi Pembinaan Semula Jambatan dan Jeti Pulau Pababag dengan peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM400,000.

“Saya berharap agar pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan dengan segera bagi membantu seramai sekurang-kurangnya 151 orang murid sekolah dan 35 murid Tadika Kemas ke sekolah serta penduduk kampung yang terjejas pergerakan harian mereka, akibat jambatan dan jeti yang telah runtuh tempoh hari,” kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan pada Khamis.

Pada 30 Januari lalu, ketika Zahid berada di Negeri Sabah bagi meninjau keadaan banjir di Daerah Pitas, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Umno Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan tentang kejadian jambatan dan jeti kayu yang telah roboh di Pulau Pababag, Semporna.

“Saya difahamkan pada ketika itu, terdapat 35 orang murid sekolah dan 2 orang guru dari kampung sekitar yang baru tiba di jeti untuk ke sekolah di SK Pababag sekitar jam 6.20 pagi,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat