Kerajaan tak campur tangan beku akaun Bersatu – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak campur tangan terhadap siasatan berhubung pembekuan akaun Parti Bersatu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, badan penguatkuasaan dan kehakiman termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kekal bebas.

“Adalah tidak bertanggungjawab bagi tokoh politik daripada parti pembangkang membuat tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan campur tangan dalam siasatan SPRM itu.

“Kita tidak menggunakan badan-badan ini, yang berlaku ada dua hal yang mana siasatan itu dibuat selepas adanya laporan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh Bersatu.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya juga dapati projek-projek yang dilaksana Bersatu menelan belanja terlalu tinggi tanpa proses tender,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pada Khamis.

Beliau sebaliknya mendapati projek Jana Wibawa yang dilaksana parti itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tebatan banjir menelan kos terlalu tinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat