Beku akaun sengaja calar imej bersih, stabil PN – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Imej Perikatan Nasional (PN) yang bersih dan stabil sengaja dicalarkan dengan siasatan yang dilancarkan terhadap parti dalam PN bagi memaparkan wujudnya masalah integriti.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian merujuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Bersatu yang mengakibatkan akaun parti itu dibekukan sejak tiga minggu lalu.

“Ini (siasatan) sengaja dibuat untuk menggambarkan kepada rakyat nak bina satu persepsi PN ada masalah integriti, sasarannya bukan soal penyelewengan, itu Insyaallah tak berlaku. Tapi nak ancam PN terutamanya menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Bagi kita bila dah disiasat SPRM, tidak ada pun sebetulnya, operasi harian parti, politik mesti diteruskan, kewangan mesti digerakkan kalau akaun dibeku menyusahkan parti itu,” katanya ketika ditemui media selepas pemukiman PN di Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas Tuan Ibrahim siasatan SPRM dan pembekuan akaun Bersatu dilakukan ketika ini sebagai strategi untuk PRN akan datang dan usaha merendahkan PN dari segi integriti, kestabilan.

“Ini asas kepada sokongan rakyat kepada PN. Mereka akan usaha supaya nilai integriti dirosakkan.

“Saya fikir itu sahaja, tidak ada isu pun sebenarnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim tegas menyatakan, PAS terbuka memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana agensi sekiranya perlu berbuat demikian.

“Pas terbuka akan bagi kerjasama sepenuhnya kepada mana mana agensi.

“Setakat ini yang dibeku itu akaun Bersatu, kita pun tahu dalam PAS semua dana yang kita dapat melalui sumbangan ahli parti, Ahli Parlimen PAS pula kita potong 25 peratus setiap bulan, tak termasuk potongan dibuat di negeri dan kawasan. Kita akan harungi.

“Kita yakin SPRM juga kita yakin akan bertindak adil, setelah tidak ada kes mereka akan ‘release’, kita harapkan macam tu,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan SPRM mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15.

Menurut sumber daripada agensi itu, ia bagi membantu siasatan berhubung video tular yang menunjukkan orang ramai dikatakan menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk menerima bayaran daripada PAS bagi tujuan mengundi.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata setakat ini, SPRM telah berjaya menjejaki hampir separuh daripada 90 individu tersebut dan mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat