Lelaki Warga Emas Cedera Dipercayai Ditembak Di TTDI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 1 Feb– Seorang lelaki warga emas cedera dipercayai ditembak ketika berada di sebuah restoran di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut kira-kira 12 tengah hari tadi.

“Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari semalam, mangsa sedang membersihkan dapur restoran berkenaan sebelum merasa sakit pada bahagian ketiak dan mendapati terdapat kesan luka pada bahagian tersebut.

“Mangsa kemudiannya ternampak sebutir besi menyerupai anak peluru berhampiran kakinya dan terus ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau balai polis berhampiran.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat