Kingpin pun dapat gelaran – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam terdapat beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan ‘orang kanan’ mereka dianugerahi pingat sekali gus kurnia itu dijadikan bahan kecaman masyarakat.

Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin berkata, kita tak perlu heboh sangat bila orang dapat gelaran.

Hal ini kerana katanya, di negara kita, ini adalah perkara biasa.

“Orang putih kata, “a dime a dozen” atau dalam bahasa Melayu sedozen sepuluh sen.

“Kita ada banyak negeri dan ramai Sultan. Itu belum masuk Yang di-Pertua Negeri. Masing-masing bagi beratus bintang setahun. Rasanya yang tak bagi bintang atau kalau bagi pun tak banyak Johor saja.

“Tak guna kita emosi. Kita boleh pilih untuk menghormati mereka atau mempersendakan mereka. Orang putih kata, “to honour or to humour”. Bukan apa tapi sesetengah daripada mereka, kita tahu sangat watak dan latar belakangnya,” catatnya di Facebook.

Susulan itu, A. Kadir membidas memandangkan sudah banyak sangat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri maka apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pakaikan kemeja-T warna oren.

“Antara yang memakainya termasuklah Datuk, Datuk Seri, Datuk Seri Utama, Datuk Seri Panglima dan Tan Sri. Dalam kandang orang kena tuduh pun macam itu juga. Lepas ini dalam penjara pula la kot?

“Saya pun ada satu. Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong (Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman) yang dibagi pada tahun 1995. Ada banyak pengarang surat khabar lepas saya yang ada tiga atau empat gelaran Datuk. Yang bergelar Tan Sri pun ada.

“Tak salah tak paggil Datuk atau tak guna gelaran Datuk. Dalam “calling card” saya masa kerja sebentar dengan kerajaan saya tak pakai gelaran pun. Saya guna singkatan bintang saja. Nak panggil Datuk boleh. Tak panggil pun “no problem”. Panggil Encik, Pak Cik atau “uncle” pun tak apa. Yang panggil ayahanda pun ada.

“Tapi kena berhati-hati juga. Ada Datuk kalau tak panggil Datuk dia tak jawab. Malah ada bini Datuk kalau tak panggil Datin dia tak jawab,” bidas beliau.

Nak mudah faham katanya, macam ini sajalah. Bukan kita tak tahu atau tak biasa dengar tentang datuk beli, datuk samseng, datuk kaki pukul, datuk kaki sondol, datuk kingpin, datuk kunyit, datuk kaki kapur dan macam-macam “latuk” lagi.

“Demikianlah adanya. Di Malaysia ini macam-macam ada,” ujarnya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat