COVID-19: Isu Kesihatan Awam Perlu Dipisahkan Daripada Ideologi Politik

- Advertisement -

WASHINGTON: Isu kesihatan awam perlu dipisahkan daripada ideologi politik.

Menurut Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, sekiranya ia tidak dilaksanakan, ia akan menjejaskan usaha untuk memerangi pandemik COVID-19.

“Satu perkara yang telah dibuktikan adalah anda perlu memisahkan pendekatan kesihatan awam dengan ideologi politik.

“Anda tidak boleh pertikai sama ada perlu memakai pelitup muka atau tidak untuk tujuan politik sedangkan ia satu isu kesihatan awam,” katanya dalam Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) lewat Isnin yang diadakan secara maya.

Jelasnya, di mana sahaja seluruh dunia ini, kesihatan awam tidak boleh dikaitkan dengan ideologi politik apabila berdepan dengan krisis kesihatan awam.

“Walaupun di Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Eropah mahupun Asia, semua negara bedepan krisis kesihatan ini, maka tidak perlu ia dijadikan modal untuk berpolitik,” katanya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat