Ramai merungut sukar isi data ke sistem PADU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rata-rata rakyat yakin dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan kerajaan bagi memastikan agihan subsidi dibuat dengan lebih teratur dan bersasar, namun kesulitan yang dihadapi mereka ketika ini adalah kelancaran akses masuk ke laman sesawangnya.

Ramai juga pengguna di media sosial berkongsi masalah ketika mahu menyempurnakan proses pendaftaran serta mengemaskini data dalam PADU seperti kegagalan untuk membuat pengesahan terhadap maklumat yang sudah diisi mereka.

Gangguan akses ke sesawang PADU dipercayai ekoran ramai pengguna media sosial merebut peluang menjadi 3,000 pendaftar terawal sekali gus melayakkan mereka mendapatkan kad Touch ‘n Go (TnG) versi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) secara percuma.

Zulnizam Ijul – ‘haha kan ramai yang mcm skeptikal ‘register’ sekali kata dapat free kad TnG terus ‘down system’ haha macam masa pengeluaran KWSP 10,000 masa PKP tu.

Danish Hamizan Abdullah – ‘Dah lepas langkah 1 tapi nak pengesahan htr OTP dah berjutaan kali dan tapi sudah tak boleh pakai’

Mirror Mirror Genz – ‘No phone nak masuk macam mana yek..asyik tak lepas je’ Adi Badiozaman Ruhani – ‘Empat kali buat, dapat sms failed. Last, tak dapat sms. Ok lah tu’

Mohd Danial – ‘Nak sahkan identiti tapi tak boleh, bila klik ‘benarkan’ automatik sistem jadi error tendang keluar’

Siti Malini Mat – ‘Susah juga nak isi bahagian pendapatan untuk gig worker self-employed yang tidak berpendapatan tetap macam saya ni’.

Linda Ilias – ‘Try scan Guna hp tak boleh… maksudnya kene walk in la yer’.

Ali Baba – ‘Dah masukkn nombor telefon yang betul pun dia cakap salah format..aje gila lah… dah 100 kali cuba’.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial mengeluh kerana terlalu banyak maklumat perlu diisi dalam PADU.

Siti Mariamah Ishak – ‘saya okay je.. tp mcm-macam maklumat nk kena isi.. terus rasa menyampah.. terpaling padu website ini’.

Man Aman – ‘Banyak pulak nak kena isi. Ibarat STR+LHDN+kebajikan+JPN+SPA8+ dan lain-lain..haha’.

Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula semalam sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai menyemak dan mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data mereka di portal PADU menerusi https://padu.gov.my/. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat