Alina mengajar mengaji secara percuma

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Semoga tahun baru lebih membawa kejayaan dan tebal iman kita,” kata penyanyi Alina Hassan berkenaan harapannya terhadap kedatangan 2023.

Menurut juara pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 ini, 2022 adalah tahun yang terlalu manis buatnya.

“Alhamdulillah… tahun lepas saya dihadiahkan kereta oleh seorang individu. Selain itu saya juga ditaja tunaikan umrah pada Ramadan lalu.

“Semua ini adalah rezeki yang tak disangka-sangka. Umrah ditaja oleh uncle Hashim, pemilik restoran Scottage Cafe, tempat saya menyanyi.

“Berkenaan kereta pula, sampai sekarang saya tak tahu dari siapa. Cuma… dia minta doakan dia. Saya minta kita sama-sama doakan agar dia terus dimurahkan rezeki,” katanya.

Alina berkata, keadaan kereta yang diperolehi sejak Januari lalu sangat baik dan dia sudah memandu untuk balik kampung di Melaka.

“Itu semua adalah rezeki. Saya masih menyanyi di Scottage Cafe secara busking dan juga diberi gaji tetap. “Alhamdulillah… saya nak beritahu kita kena memberi. Insya Allah rezeki kita akan datang. Ia akan buat hidup kita lebih mudah.

“Bukan semua yang ada pada kita adalah milik kita. Saya masih mengajar anak-anak jiran mengaji secara percuma tanpa kenakan sebarang bayaran,” katanya.

Dia juga melahirkan perasaan terharu terhadap keprihatinan jiran-jirannya yang amat mengambil berat terutama ketika dia sakit.

“Syukur Allah juga kurniakan jiran-jiran yang baik. Apapun jadi kepada kita, kenalah bersangka baik dengan Allah.

“Tahun ini saya dah berusia 55 tahun. Anak-anak saya pun okey. Anak kedua yang ada autisme dah umur 22 tahun. Dia selalu minta zikir. Anak ketiga sekarang sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang.

“Manakala yang bongsu belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)! dan ambil SPM tahun ini,” katanya.

Alina ditemui ketika menjayakan persembahan di kompleks membeli belah Datum Jelatek, sempena sambutan Tahun Baru 2023, Sabtu lalu.

Turut menjayakan persembahan ialah Datuk Hattan, Fredo, Amir UK’s, Zamani dan Farazila.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat