PAS Mahu Perkukuhkan MN, PN – Abdul Hadi

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang...

SHAH ALAM – Pas menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baharu politik yang dicadangkan oleh pihak tertentu.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu mahu mengukuhkan kerjasama politik bersama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Dengan tegas dinyatakan bahawa apabila kita baru sahaja menubuhkan MN dan PN, maka laksana penanaman benih yang baru tumbuh dengan subur,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, aspek perpaduan umat Islam di Malaysia dapat dilihat melalui penubuhan MN yang diasaskan oleh Pas dan UMNO terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tambah beliau, kerjasama dalam PN pula telah menggabungkan semua parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan yang ada pada ketika ini.

“Ini berasaskan piagam yang sudah dimeterai sebelum diperkemaskan secara berperingkat malah berkonsepkan Islam Agama Rasmi Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, gabungan yang dibentuk itu tidak sepatutnya digunakan oleh pihak yang mahu menyelamatkan diri dan kedudukan.

“Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat.

“Maka adalah haram kita memilih acuan akal manusia yang sempit sekadar menyelamatkan diri dan kedudukan masing-masing, bukannya berwadahkan umat yang besar dan wawasan yang jauh daripada dunia sehingga akhirat,” katanya.

Jelasnya, perpaduan merupakan satu fardu kifayah kewajipan secara umum dan menjadi fardu ain kepada pemimpin yang bertanggungjawab.

“Justeru iltizam kami ialah memperkukuh perpaduan dan persaudaraan sesama kita serta memperkasakan MN dan PN yang kita bina bersama,” katanya. – Sinar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

Malaysia bergerak ke belakang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggambarkan Malaysia kini bergerak ke belakang. Katanya, dari sebuah negara demokrasi namun ketika ini bertukar...

UMNO tak akan mereput, Puad beritahu Annuar

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menyelar Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa parti itu akan luput...