Parti Star Sabah Lebar Sayap Ke Semenanjung

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Solidariti Tanahairku (STAR SABAH) akan mengembangkan lagi aktiviti politiknya dengan menubuhkan Pejabat Perhubungan Negeri-Negeri di Semenanjung.

Menurut Setiausaha Agung Star Sabah, Senator Datuk Guandee Kohoi, perkara itu dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi Star Sabah menerusi Mesyuarat yang dipengerusi oleh Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan baru-baru ini.

Katanya, pucuk pimpinan telah melantik Datuk Iskandar Abdul Malik sebagai Pengerusi Star Semenanjung dan berapa orang lagi akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

“Langkah untuk mengembangkan Star Sabah di Semenanjung tidak bercanggah dengan Perlembagaan Parti itu malah ianya satu usaha dalam memperkuatkan parti menjelang PRU akan datang.

“Tidak mustahil untuk Star Sabah bertanding di Semenanjung memandangkan terdapat permintaan daripada rakyat SABAH yang menetap di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar anak-anak Sabah di Semenanjung untuk menjadi ahli Star bagi mereka yang bukan berasal daripada Sabah boleh menjadi ahli bersekutu.

Sementara itu, Datuk Iskandar mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti atas kepercayaan yang telah diberikan dan berjanji untuk bersama-sama membawa perjuangan Star di Semenanjung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat