Lebih 10,000 Guna Bot Laju Pulau Pinang Pada Hari Pertama

- Advertisement -

GEORGE TOWN: Bermula hari ini, perkhidmatan bot laju digunakan secara rasmi membawa penumpang menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi sejak 126 tahun di Pulau Pinang.

Tinjauan hari pertama operasi perkhidmatan bot laju itu di kedua-dua jeti di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Terminal Kapal Persiaran Swettenham di George Town, mendapati ia berjalan lancar.

Rata-rata pengguna yang juga pejalan kaki teruja menaiki bot laju itu dan berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut yang disifatkan cepat dan selesa.

Norshamila Ahmad dari Kedah berkata, dia tidak menyedari pertukaran perkhidmatan feri kepada bot laju yang bermula hari ini.

“Seronok cepat sampai… Selalu lambat sikitlah… Saya sebenarnya tak sedar (penamatan khidmat feri)… lama juga tak datang ke Pulau Pinang.

“Bila sampai tadi, saya diberitahu supaya naik bot itu dan ia percuma,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, penduduk Pulau Pinang, Mohd Aminudin Ng Abdullah, berkata perkhidmatan bot itu lebih praktikal kerana menjimatkan masa bagi mereka yang berulang-alik ke pulau atau sebaliknya.

“Ia lebih cepat daripada feri… 10 minit sahaja sudah sampai ke seberang. Pengguna harian yang terdiri daripada orang yang bekerja, pelajar… sangat baik untuk mereka.

“Cuma bagi pelancong tiada apa yang menarik, feri laju nak ambil gambar laut susah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, yang turut meninjau hari pertama operasi bot laju itu berkata, kira-kira 2,000 pengguna sudah menggunakan perkhidmatan tersebut jam 10 pagi tadi.

Katanya bot laju itu mampu membawa 200 penumpang dan melakukan 80 perjalanan sehari.

“Pagi tadi sudah 2,000 guna sehingga jam 10 pagi dan penumpang dijangka bertambah pada waktu petang dan malam,” katanya.
Perkhidmatan tersebut hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Buttetworth dengan Terminal Kapal Persiaran Swettenham di George Town.

Sebelum ini, SPPP mengumumkan perkhidmatan feri ikonik ditamatkan bermula 1 Januari dengan kenderaan empat roda tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bermula tarikh sama juga, feri ikonik sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki.

Pelaksanaan perkhidmatan feri itu akan berjalan sepanjang tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum katamaran atau teksi air digunakan sepenuhnya dengan feri ikonik sedia ada akan dijadikan muzium dan restoran terapung – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat