Penyertaan BN elak kerajaan Hajiji tumbang

KOTA KINABALU — Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus dikatakan terpaksa menerima Barisan Nasional (BN) dalam blok pentadbiran baharu selepas timbul dakwaan wujud gerakan untuk menggugat kedudukan Ketua Menteri, Hajiji Noor, menurut sumber dalaman gabungan itu.

Sumber berkenaan mendakwa terdapat usaha daripada Warisan untuk membentuk pakatan baharu dengan menawarkan jawatan menteri penuh kepada beberapa wakil rakyat BN serta lima Adun Bebas bagi meraih sokongan mencukupi untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

“Kita tiada pilihan selain menerima BN. Jika tidak, pentadbiran Sabah akan tumbang,” menurut sumber GRS.

Difahamkan turut berlangsung satu pertemuan antara pemimpin Warisan, BN dan Adun Bebas di The Palace Hotel, Kota Kinabalu, bagi membincangkan kemungkinan pembentukan gabungan alternatif.

Lima Adun Bebas yang dikaitkan dalam perbincangan itu ialah Fairuz Renddan (Pintasan), Rina Jainal (Kukusan), Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas), Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Dr Joachim Gunsalam, mengesahkan BN dan Pakatan Harapan (PH) kini menyertai pentadbiran Hajiji sebagai sebahagian daripada GRS Plus.

Terdahulu, dalam perbincangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, BN dikatakan mengemukakan tuntutan bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, namun Hajiji dilapor tidak menerima syarat tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat