Jamawi berterima kasih kepada Anwar dan Izzah

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang baru mengangkat sumpah jawatan Datuk Jamawi Jaafar menghargai Presiden PKR Datuk Seri dan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kerana telah mencadangkan namanya.

“Jutaan ucapan terima kasih kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar yang mencadangkan nama saya kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor untuk membarisi Kabinet Negeri Sabah.

“… yang mana telah mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Musa Haji Aman sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Adun Melalap itu berkata, lantikan dalam kementerian yang amat penting dan dekat di jiwa beliau sebagai seorang petani dan pekebun sejak sekian lama.

“Insya-Allah saya akan berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaiknya demi untuk Petani, Penternak, Pekebun Kecil dan Usahawan Tani Negeri Sabah keseluruhannya,” ikrar Jamawi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat