Kewangan Bersatu kritikal, akaun parti masih dibeku – Rina Harun

- Advertisement -

SHAH ALAM — Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Harun menyarankan ahli diperingkat bahagian untuk menceburi bidang keusahawanan berikutan akaun parti yang ‘kritikal’ dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata ini menyebabkan Bersatu tidak mampu menjalankan aktiviti terutama diperingkat akar umbi dan pihaknya akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Kedudukan kewangan parti kita kritikal, akaun masih dibekukan dan disita. Saya akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Keadaan rumah kita ada isu dalaman (kewangan) perlu ditangani. Kalau kita dapat bantu parti dengan keringat kita, sayangnya kita kepada BERSATU akan lebih mendalam.

“Bila kita memberi, kita akan rasa lebih sayang kepada parti.

“Saya juga mahu gerakkan bendahari peringkat negeri dan bahagian, supaya kita dapat jana pendapatan dan ekonomi, sekurang-kurangnya untuk bahagian boleh bergerak sendiri,” katanya semasa ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2024, hari ini.

Untuk rekod, dua Bersatu yang dibekukan pada 12 dan 13 Januari 2023, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 April 2023 lalu.

SPRM memaklumkan, sitaan ke atas dua akaun parti terbabit dibuat setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.

Pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat