Speaker Tangguh Persidangan Akibat Amaran Kebakaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menangguhkan persidangan Dewan Rakyat buat sementara selepas amaran kebakaran dikeluarkan pada 10.18 pagi sebentar tadi.

Susulan amaran tersebut, Azhar mengarahkan semua Ahli Parlimen keluar dari dewan.

Sementara itu, ketika menyambug semula persidangan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata Yang Dipertua Dewan menempohkan sidang dan meminta kesemua Ahli Parlimen dan pegawai keluar dari bangunan Parlimen selepas penggera berbunyi pada 10.18 pagi.

Katanya, Bahagian Keselamatan Parlimen telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada perkara yang mencemaskan berlaku.

“Sekarang pada 10.32 pagi, Alhamdulillah semuanya selamat dan loceng sidang dewan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat