Saringan Komuniti Di Meru Bermula Rabu

- Advertisement -

SHAH ALAM: Saringan komuniti bersasar terhadap penduduk di sekitar Meru, Klang akan dimulakan pada Rabu ini, susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di negeri itu melalui Kluster Teratai.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat Pasukan Petugas Khas Selangor bagi COVID-19 hari ini.

Katanya, saringan itu akan dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.

“Saringan komuniti bersasar di kawasan Meru ini akan dijalankan secara khusus bagi penduduk sekitar Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai. Saringan ini akan dijalankan Rabu ini di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, mulai jam 9 pagi hingga 2 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang di Meru, Klang.

Amirudin berkata orang ramai diminta melakukan prapendaftaran di laman web https://screening.selangkah.my bagi melicinkan proses pendaftaran dan keputusan saringan boleh disemak melalui aplikasi SELangkah.

“Ini kali pertama sistem SELangkah akan digunakan untuk pendaftaran dan memuat naik keputusan saringan.

“Saringan ini juga dijayakan bersama anak syarikat kerajaan negeri, Selcare, Pejabat Kesihatan Daerah Klang serta badan bukan kerajaan, Imam Response and Relief Team,” katanya. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat