EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia.

Gesaan itu di buat di hadapan 27 orang Menteri Luar Negara Kesatuan Eropah (EU) sewaktu Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-EU tadi yang turut disertai semua Menteri Luar ASEAN.

“Saya tegaskan, salah faham Eropah tentang kemampanan minyak sawit memberi impak negatif terhadap industri sawit Malaysia.

“Yang turut terkesan ialah lebih 500,000 pekebun kecil sawit, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat,” kata beliau.

Hishammuddin juga memberi kotmitmen bahawa Wisma Putra dibawah kementeriannya akan terus bantu cari jalan agar isu diskriminasi ini segera akan berakhir.

Tegasnya lagi, Malaysia dan Indonesia akan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama ASEAN-EU bagi menghentikan diskriminasi tersebut.

“Salah satunya, Malaysia dan  Indonesia teguh bersama untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama ASEAN-EU yang akan bermula seawal Januari 2021,

“Semoga dengan usaha ini, ada penyelesaian yang memanfaatkan 500,000 pekebun kecil sawit khususnya. InsyaAllah!,” Katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat