‘Mereka nak tengok saya pakai baju oren konon seleweng perolehan vaksin tapi gagal’ – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap siasatan dan laporan kali ketiga berkenaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengurusan Covid-19 adalah usaha menjebak beliau dalam pertuduhan jenayah dan penyelewengan.

Walaupun mengakui semua perkara wajar disiasat dan laporan perlu disediakan namun Khairy seolah-olah dapat menghidu tujuan siasatan dan laporan kali ketiga berkenaan pengurusan Covid-19 adalah untuk mengaitkan beliau dengan salah guna kuasa.

“Saya berterima kasih kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana telah sekali lagi buat siasatan dalam perkara ini dan ini kali kedua sebab sebelum pilihan raya saya pun telah menjawab di PAC berkenaan dengan perolehan vaksin dapat laporan yang bersih yang mengatakan bahawa semua perolehan dibuat mengikut tata cara dan mengikut peraturan yang bagus.

“Kedua satu laporan Kertas Putih disediakan oleh KKM beberapa bulan yang lepas mengesahkan bahawa segala perolehan vaksin telah dibuat mengikut peraturan dan tata cara yang baik dan ini kali ketiga disebabkan kononnya ada isu dos-dos vaksin yang luput tarikh jadi ada yang mungkin mempunyai niat yang baik tak apa, saya tak ada masalah sebab semua benda perlu disiasat dan perlu disediakan laporan yang telus dan berkecuali.

“Tapi ada jugalah yang mungkin berniat jahat yang mungkin rasa ini akan jadi satu skandal besar dan KJ akan pakai baju oren lepas ni dan jelas dan nyata tak jadilah.

“Mereka slam dunk dalam hal ini is to see me behind the bars sebab mereka rasa saya telah melakukan jenayah but then they didn’t get that, far from it,” bidas Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Beliau terdahulu, mengalu-alukan laporan dan juga siasatan dibuat terhadap isu-isu yang besar terutamanya program yang besar yang melibatkan wang rakyat.

Laporan PAC baru-baru ini mendedahkan sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta sudah luput tempoh hayat setakat 15 Jun lalu dengan puncanya kerana sambutan yang rendah.

Isu lain terkandung dalam Laporan PAC ialah bekalan vaksin yang ditempah tidak diterima mengikut jadual susulan permintaan global yang sangat tinggi.

Menurut Khairy lagi, apa yang telah menjadi sensasi dalam tajuk-tajuk berita iaitu 8 juta dos vaksin luput yang bernilai RM500 juta.

“Tetapi laporan PAC kalau dibaca keseluruhannya akan menyebut ini adalah disebabkan keadaan luar biasa global pandemic crisis pada waktu itu, perolehan dibuat berdasarkan kepada unjuran untuk memberi rakyat Malaysia dos penggalak yang akhirnya ada yang tidak memilih untuk mengambil dos penggalak sebab ia tidak wajib ataupun ia hanya digalakkan pada waktu kita melihat dos penggalak ini diperkenalkan jangkitan Covid-19 sudah semakin kurang dan ramai yang rasa bahawa tidak perlu diambil lagi dos penggalak.

“Mereka yang sekarang ini siasat saya sepatutnya adalah mereka yang tidak terlibat dalam perolehan vaksin ia mesti dibuat oleh ahli-ahli Parlimen dalam jawatankuasa kira-kira wang negara yang bebas daripada keputusan tetapi saya nak sebut satu perkara they were not in the room in making the decision, ini konteks yang penting.

“Memang perlu disiasat oleh orang yang bebas daripada proses perolehan vaksin tetapi saya nak ceritakan proses keputusan yang dibuat untuk beli vaksin pada ketika dan waktu pandemik krisis itu yang berlaku. Kita kena ingat bahawa hansard ialah pada 2020, kalau kita nak tengok balik apa yang berlaku memang kita semua expert lah tetapi pada waktu dan ketika itu kalau kita masih lagi ingat awal tahun 2021 di mana beberapa negara mula nak dapat dos vaksin jelas dan nyata hari ini diakui bahawa perolehan vaksin dimonopoli dan dikuasai oleh negara-negara maju pada awalnya.

“Masa awal tu saya cakap orang tak percaya, orang kata kita lembap lah, tak buat kerja tapi hari ini diakui bahawa negara-negara maju telah membolot bekalan vaksin awal sebab itu kita negara-negara jiran kita mula lewat sedikit berbanding dengan negara-negara yang sudahpun dapat pasaran vaksin dengan pembayaran harga yang lebih tinggi daripada negara-negara membangun seperti Malaysia dan sebagainya dan harga vaksin yang dibayar negara maju kepada Pfizer lebih tinggi daripada harga yang Malaysia bayar,” jelas beliau.

Katanya, perkara ini suatu hari nanti akan didedahkan apabila tempoh waktu kerahsiaan dengan syarikat-syarikat vaksin itu tamat sedangkan beliau ketika itu membayar pada harga yang munasabah.

“Saya telah pergi ke PAC waktu saya Menteri Kesihatan dan saya telah mendedahkan kepada ahli-ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen pembangkang waktu itu, saya tunjuk harga sebenar untuk kontrak ini sebab itu selepas mereka senyap tak ada lagi isu harga vaksin dan hari ini kalau betul lah mereka kata saya merahsiakan benda ini secara sengaja hari ini dia dah dedahkan tapi hari ini masih lagi tak boleh dedahkan sebab bila kamu dalam kerajaan kamu tahu bila kamu dah tandatangan satu perjanjian kerahsiaan sesiapapun kena patuh dengan kontrak tersebut.

“Tapi suatu hari nanti kita boleh tunjuklah dan orang awam yang masih lagi sinis boleh berpuas hati dengan apa yang telah pun ditandatangani oleh kerajaan pada waktu itu walaupun beberapa perjanjian pada awalnya ditandatangani oleh Dr Adham dia Menteri Kesihatan, tapi soal perolehan vaksin walaupun saya bawa ke Kabinet tapi saya buat keputusan dengan persetujuan Perdana Menteri pada waktu itu Tan Sri Muhyiddin dan selepas itu Datuk Seri Ismail Sabri.

“Saya bawa ke Kabinet saya dapatkan persetujuan daripada Jemaah Menteri saya dapat pandangan daripada Peguam Negara tetapi the big call saya ambil tanggungjawab sepenuhnya, saya tidak akan campak orang lain di bawah bas dan tak ada masalah jika siapa kata ini keputusan dia kena jawablah,” tegas Khairy.

Mengulas lanjut kata beliau, daripada rumusan PAC kalau kita nak tengok daripada jumlah besar, memang ada lebihan 10 peratus yang mana kita telah melihat, telah luput tempoh hayat.

“Kita buat unjuran untuk beli 83 juta dos vaksin dan perkara ini bukan perkara rahsia, saya bentang perkara ini bukan saja di Jemaah Menteri, saya bawa ke PAC jawankuasa pilihan kesihatan yang dipengerusikan oleh Dr Kelvin Yii juga daripada DAP dan saya bentangkan ini jumlah yang saya nak beli.

“Sifirnya ialah dua dos untuk setiap dewasa plus dos penggalak. Sebab pada waktu itu nasihat sains yang saya terima daripada pakar-pakar di KKM dan universiti tempatan juga bacaan saya tentang apa yang sedang berlaku di negara lain kemungkinan besar kita perlukan dos ketiga terutamanya Sinovac ada pakar yang mengatakan bahawa Sinovac three dose primary vaksin perlukan yang ketiga untuk tahap keberkesanan yang tinggi terhadap Covid-19.

“…sifirnya begitu, 83 juta adalah cukup untuk dua dos tambah dos penggalak dan kita bentangkan perkara ini malah pada waktu itu apa kritikan saya terima bukannya soal terlebih beli tapi tak cukup, beli lagi, beli lagi, beli lagi tapi saya maklumkan kepada mereka ini adalah wang rakyat walaupun saya ada peranan, tanggungjawab dan kuasa sebagai menteri pada waktu itu untuk program imunisasi tapi saya kena bawa ke Jemaah Menteri, saya tak nak kita membazir duit
saya nak cuba buat unjuran yang setepat mungkin dan akhirnya kalau kita tengok kepada data daripada laporan PAC sendiri.

“Kalau kita tengok status unjuran vaksin kita beli yang kita dapat adalah 83 juta dos unjuran dos pertama, kedua dan dos penggalak pertama dan kedua terutamanya untuk warga emas,” katanya.

Khairy menyatakan, status pemberian adalah 72 juta daripada 83 juta dos vaksin dan status pemberian berbanding unjuran ialah 88 peratus.

Maka katanya,pembaziran hanya sekitar 10 peratus ia besar ia bersamaan RM500 juta cuma 11 peratus pembaziran di Malaysia.

“Saya bukan nak beri alasan berkenaan dengan pembaziran, satu pun pembaziran kalau boleh kita nak elakkan, kita elakkan tapi saya nak beritahu bahawa banyak negara lain juga mengalami perkara yang sama sebab dalam pandemik apa yang kita nak pastikan adalah kita dapat bekalan yang cukup.

“Lebih baik kita terlebih beli daripada tak cukup beli dalam keadaan hidup dan mati. Saya ambil tanggungjawab itu , kamu tidak berada dalam situasi itu, saya ada di situ dan saya tahu apa yang saya buat dan saya jawab dan PAC tak panggil saya.

“Berita ini bukan perkara baru, Menteri Kesihatan dah cakap beberapa bulan lepas cuma disahkan dalam PAC kali ini.

“Beli vaksin Covid-19 bukan macam beli panadol di farmasi, sesuatu benda yang tak banyak dan permintaan sangat tinggi kita nak beli. Kita kena berdepan dengan Pfizer, Astra-Zeneca dan Sinovac…beli hari ini bukan bermaksud dapat hari ini. Beli hari ini kita kena ada dalam Q nak dapat kena tunggu 6 bulan, 9 bulan sebelum kita dapat kita terpaksa buat unjuran.

“Saya telah cuba menjaga unjuran dan perolehan ini sebaik mungkin dan sekiranya orang ramai enggan terima vaksin dos penggalak saya rasa dalam 70 peratus hampir 90 peratus pembaziran ini tak setinggi itu

“Kita dapat sumbangan dos dalam 3 juta dos, saya rasa nak hentam saya kena tengok betul-betul lah kepada keperluan pandemik waktu itu,” tegas beliau.

Dalam pada ituu, jelas Khairy untuk perolehan ventilator ramai yang bijak pandai kata kena jawab soal ventilator.

“Senang saja, perolehan ventilator ini pada tahun 2020 saya jadi menteri kesihatan pada Ogos 2021 walaupun kamu tak boleh dapatkan fakta yang betul, saya tak tahu kenapa kamu cakap ini kepada saya.

“Bukan saya nak campak menteri lain di bawah bas tapi ini fakta. Soal vaksin saya tak campak sesiapa bawah bas tapi ventilator macam mana saya nak jawab tentang ventilator tersebut, saya bukan menteri kesihatan pada waktu itu.

“Kalau nak cakap soal ventilator kena tanya tuan badan, bukan saya.PPE pun sama ja sebab perolehan ini dibuat sewaktu sebelum saya tetapi ada jawapan juga yang telah diberi, itu terpulang,” jelas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat