110 mahasiswa asnaf, b40 di cheras terima bantuan YBR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insan Sejahtera Kuala Lumpur telah memberikan bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

YBR mengambil inisiatif menyalurkan bantuan berkenaan kepada 110 pelajar dikalangan B40 dalam satu majlis penyerahan, Bandar Tun Razak, hari ini.

“Objektif bantuan tersebut adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40,” kata YBR menerusi satu kenyataan hari ini.

Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P124, Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, bantuan tunai yang diberikan merupakan inisiatif bagi mengurangi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan beliau amat berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dikalangan pelajar di sekitar Bandar Tun Razak.

Majlis itu turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

“YBR akan berusaha untuk membantu lebih ramai pelajar dikalangan B40 sebagai persediaan dalam memulakan atau menyambung pengajian sedia ada serta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga di kawasan luar bandar.

“YBR juga menyambut baik inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’  Seri Anwar Ibrahim di dalam pembentangan Belanjawan bagi tahun 2024 di mana beliau telah mengarahkan semua IPTA untuk menghadkan bayaran semasa pendaftaran tidak melebihi RM1,500. Malah, bagi kemasukan pelajar yang,” kata Philip.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat