Mohamaddin Nafi Tandatangan Surat Letak Jawatan ADUN Segama

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi menafikan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama selepas tular surat peletakan jawatannya di media sosial hari ini.

Mohamaddin turut menafikan menandatangani sebarang surat bertarikh 30 Oktober seperti dalam surat berkenaan.

“Saya tidak ada hantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN bertarikh 30 Oktober 2021.

“Tarikh 30 haribulan itu hanya pengumuman saya meletakkan jawatan. Saya nafikan sekeras-kerasnya, saya tiada tandatangan surat bertarikh 30 hari bulan.

“Saya sudah tahu sejak ditularkan tetapi saya tidak peduli kerana saya tiada tandatangan,” katanya, dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, surat bertajuk peletakan jawatan serta merta beliau sebagai ADUN di negeri Sabah tular di media sosial dan didakwa ditandatangan Mohamaddin disamping kenyataan ikrar kesetiaannya kepada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Kandungan surat itu turut menyatakan bahawa Mohamaddin tidak layak menjadi calon untuk ADUN selama lima tahun bermula dari tarikh surat berkenaan.

Mohamaddin pada Sabtu lalu mengumumkan keluar daripada Warisan dan mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen serta ADUN Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Untuk rekod, beliau merupakan ADUN ketiga daripada Warisan yang keluar daripada parti selepas ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir pada Februari dan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada awal Oktober lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat