Menteri UMNO ‘dibelasah’ dalam mesyuarat Kabinet, dakwa Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri Kabinet UMNO ‘dibelasah’ dalam Mesyuarat Kabinet Rabu lalu kerana tidak menyokong cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan rasional darurat yang dikemukakan Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa, UMNO menjadi sasaran kerana Menteri UMNO menyokong keputusan Majlis Raja -Raja yang menolak perisytiharan darurat.

Katanya, mereka dihentam kerana kononnya Menteri UMNO tidak mengamalkan “collective responsibility”.

Puad mendedahkan, sekiranya ada kejujuran politik sudah tentu Menteri -menteri UMNO tidak dibelasah dalam “Zoom Mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, sumber Suara.TV mengesahkan pertikaman lidah antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet UMNO berlaku.

Bahkan ujarnya, dalam sesi Zoom itu beberapa Menteri UMNO mengambil keputusan ‘off monitor’ buat sementara waktu.

Sumber itu memberitahu lagi, punca pertelingkahan kerana Muhyiddin mendakwa Menteri-menteri UMNO gagal menguruskan parti agar memahami keputusan-keputusan politik yang dibuat.

Bagaimanapun,Muhyiddin memohon maaf kemudiannya.

Dalam perkembangan lain, Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, kerana tiada kejujuran politik dalam PN menyebabkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sukar ditentukan.

“Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi sukar kerana tiadanya kejujuran politik. UMNO memang wajar diberi peranan jawatan Timbalan Perdana Menteri. UMNO tidak perlu apalogatik dan takut dituduh gila kuasa.

“Dalam berniaga mesti ada ‘profit sharing’. Apatah lagi jika ada pihak yang menyediakan modal yang lebih besar. Mana adilnya kalau keuntungan dibahagi 80-20,” ujar Puad.

Beliau menambah, esok sidang Dewan Rakyat akan bermula dan usul undi tidak percaya tidak berbangkit.

“Fokus sekarang ialah Bajet 2021. Dalam perutusan khasnya semalam Muhyiddin merayu ketepikan perbezaan politik dan utamakan rakyat.

“Muhyiddin tidak perlu berdolak dalik. Kalau ada kejujuran politik pasti ia akan diluluskan. Bola ditangan Muhyiddin,” tegasnya.

Justeru katanya, menjadi tanggungjawab Muhyiddin menerima pandangan semua pihak termasuk pembangkang.

“Jika perlu dipinda kena pinda, ia menuntut kejujuran politik.

“Antara tuntutan popular rakyat ialah sambung balik moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pembangkang pula menuntut dilaksanakan Confidence and Supply Agreement.

“Jika tidak dilayan, politiking berterusan. Kerajaan 113 terus tidak stabil. Rakyat menjadi mangsa. Puncanya, tiada kejujuran politik,”katanya.

Puad turut memberitahu, ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dua kali dalam masa seminggu.

Jelasnya, ia berkaitan kejujuran politik yang tidak ada dalam kerajaan.

“Apabila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat