10,000 Jemaah Dibenar Laksana Ibadat Umrah Selepas Jalani Kuarantin

- Advertisement -

MAKKAH – Selepas tujuh bulan ibadat umrah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, kira-kira 10,000 jemaah antarabangsa tiba di Arab Saudi hari ini sebagai kumpulan pertama dibenarkan melaksanakan ibadat berkenaan.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah berkata, 10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatkan kebenaran terlebih dulu.

Setibanya di sana, jemaah mesti mengasingkan diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.

Arab News melaporkan, mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasingan.

Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabangsa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntukkan.

Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah antarabangsa adalah antara 18 hingga 50 tahun.

Wakil menteri itu berkata, negara yang dibenarkan harus dinilai oleh Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian standard serta protokol yang dipersetujui oleh kerajaan.

Namun, visa bagi jemaah yang tiba dari negara mencatatkan peningkatan ketara jangkitan Covid-19 akan ditangguhkan.

Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid akan beroperasi pada tahap 100 peratus.

Al-Maddah berkata, jika pada mana-mana tahap wujud kemungkinan yang boleh menimbulkan bahaya kepada jemaah, kementerian akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangkan jumlah jemaah.

Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana.

Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.

Jemaah juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkinan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR). – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat