Guan Eng guna fakta kewangan separuh-separuh, sengaja serang Zahid terbuka – Hasmuni

KUALA LUMPUR- Jangan hanya kerana mahu menyerang Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi, fakta kewangan dipilih separuh-separuh untuk dijadikan modal politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Hasmuni Hassan menyifatkan, desakan Lim Guan Eng supaya SPRM mengambil tindakan terhadap Zahid sebagai cubaan mengitar semula tuduhan yang telah pun dijawab, selain berniat menyerang Zahid secara terbuka.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjelaskan bahawa Guan Eng membandingkan perbelanjaan sebenar dengan peruntukan asal tanpa mengambil kira pindaan dan penyelarasan peruntukan melalui proses kewangan kerajaan.

“Berdasarkan peruntukan selepas penyelarasan, perbelanjaan bagi 2023 hingga 2025 tidak melebihi jumlah yang diluluskan.

“Guan Eng pernah menjadi Menteri Kewangan. Beliau tentunya memahami perbezaan antara peruntukan asal, peruntukan dipinda dan perbelanjaan sebenar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Hasmuni lagi, Zahid sedang memastikan projek pembangunan luar bandar diteruskan dan kontraktor dibayar bagi kerja yang telah dilaksanakan.

“Jangan hukum usaha membela rakyat hanya dengan permainan angka dan persepsi.

“Jika benar mahu bercakap tentang akauntabiliti, Guan Eng juga perlu menjawab segala persoalan yang terpalit dengan dirinya bukan hanya lantang apabila sasarannya pemimpin Umno.

“Jangan jadikan SPRM senjata politik. Berhujahlah dengan fakta, bukan persepsi,” bidas Hasmuni.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat