KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kerajaan sedang menyusun teliti Belanjawan 2027 supaya setiap ringgit yang diperuntukkan nanti membawa hasil yang rakyat boleh nampak dan rasai.
“Belanjawan dah dekat. Apa yang kontraktor perlukan, dan apa pula yang rakyat dapat?
“Saya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 dengan wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera.
“Antara pandangan yang kami dengar ialah tekanan kos yang semakin tinggi, akses kepada peluang dan cabaran syarikat kecil untuk berkembang dan bersaing.
“Ini bukan soal kontraktor semata-mata. Bila industri ini berkembang dengan sihat, lebih banyak projek boleh berjalan, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan lebih banyak syarikat tempatan boleh membina kemampuan,” katanya.
Dan akhirnya Tengku Zafrul berkata, rakyat mahu satu perkara yang mudah: bila duit dibelanjakan, projek mesti siap dengan baik dan kemudahan yang dibina mesti boleh digunakan dan memberi manfaat.
“Sebab itu sebelum Belanjawan dibentangkan, kita dengar dulu mereka yang berada di lapangan supaya setiap ringgit yang diperuntukkan nanti membawa hasil yang rakyat boleh nampak dan rasai.
“Terima kasih kepada semua yang berkongsi pandangan,” ucap beliau.


