TDA Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Program MITS 2021

- Advertisement -

CYBERJAYA – Technology Depository Agency (TDA) memberi sumbangan bernilai RM100,000 menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk menjayakan Program Malaysia International Tech Summit (MITS) 2021.

MITS 2021 dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober ini bersempena dengan penganjuran Ekspo 2020 Dubai di Emeriah Arab Bersatu.

“Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada YIM sebagai tanda sokongan dan penglibatan TDA dalam Program MITS 2021 yang akan menggabungkan seluruh pemain industri pelbagai sektor dari seluruh dunia,” kata TDA menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr. Sharoul Jambari akan mewakili TDA di pentas MITS 2021 sebagai salah seorang ahli panel yang akan membincangkan topik ‘Social Innovation Development: How Far Can Social Innovation Be The Pillar For Global Digital Economy’ pada 5 Oktober 2021 di Address Dubai Marina.

“MITS 2021 merupakan satu program berprestij yang menggabungkan para inovator, saintis, teknologis dan cendekiawan dari pelbagai disiplin untuk bertemu serta berkongsi idea dan perspektif mengenai perkembangan ekosistem sains dan teknologi, inovasi sosial, pemindahan teknologi dan pembangunan industri bagi meneroka potensi pasaran antarabangsa untuk membangun dan mengkomersialkan inovasi yang berupaya mendepani cabaran masa hadapan.

“Selain itu, TDA juga sedang berkerjasama dengan YIM dalam mencapai kolaborasi bersama melalui inisiatif Program Kolaborasi Industri (ICP) yang menumpukan kepada pemindahan teknologi dan pengkomersialan inovasi di Malaysia dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi, teknologi dan industri tempatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba merakamkan ucapan terima kasih kepada TDA atas sumbangan yang diberikan.

Beliau berharap agar Program MITS 2021 ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memperkukuhkan lagi kolaborasi antara Kementerian, agensi-agensi strategik, pemain industri global seterusnya berupaya membawa pulangan pelaburan kepada negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat