Spekulasi BN Tinggalkan Kerajaan Makin Kuat

Kerajaan Timbang Beri Permit Kerja Sementara Kepada PATI – PM

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada...

Parti Pejuang Perlu Sabar, Putra Tunggu 9 Bulan Untuk Diluluskan – Borhan Zakaria

KUALA LUMPUR – Bukan mudah mendapatkan kelulusan untuk menubuhkan sesebuah parti politik, kata Setiausaha Agung Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Borhan Zakaria. Beliau berkata, sejarah...

Mahathir sengaja komen kontroversi untuk tarik perhatian rakyat Malaysia

Kuala Lumpur - Kenyataan kontroversi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konflik keagamaan di Perancis disifatkan sebagai sengaja untuk menarik perhatian masyarakat...

Rais Yatim Perlu Hormati Keputusan Yang Di Pertuan Agong – Ahli MT UMNO

CYBERJAYA - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Raffi meminta Speaker Dewan Negara, Rais Yatim menghormati keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda...

Pendaftaraan Pejuang lewat kerana dokumen tidak lengkap kata ROS

Kuala Lumpur - Permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan permohonan pendaftaran dalam sistem eROSES sehingga semalam. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...

CYBERJAYA: Sokongan UMNO kepada Perikatan Nasional dilihat semakin rapuh sejak kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa beliau tidak dapat menyekat sekiranya ada ahli parlimen dari partinya yang mahu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu.

Sesetengah pemerhati politik melihat kenyataan Zahid yang menyebut beliau difahamkan ramai ahli parlimen UMNO yang menyokong Anwar memberi tanda bahawa kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya telah tumbang.

Ini ditambah dengan kenyataan media Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta UMNO memberi penjelasan sejelas-jelasnya tentang khabar angin sokongan kepada Anwar itu.

Kenyataan Takiyuddin itu memberi bayangan bahawa dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi dan meyakinkan itu benar.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah yang terpaksa menyerahkan kerusi ketua menteri kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menambahkan keretakan antara dua parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus ditekan akibat dari beberapa keputusan yang lebih menguntungkan Bersatu berbanding UMNO.

Kedudukannya sebagai presiden parti jadi taruhan, menjelang pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan.

“Zahid mesti buat keputusan segera. Beliau sudah banyak beralah dan ini memburukkan imejnya dalam kalangan akar umbi. 

“Kalau terus macam ini, lebih baik beliau letak jawatan presiden parti,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insight.

Portal itu juga melaporkan bahawa Zahid telah mengadakan pertemuan dengan Anwar minggu lalu tetapi tidak diketahui ramai.

“Mereka ada berjumpa. Tengok dari sudut mana pun, pertemuan itu membayangkan bila-bila masa saja Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan terutama selepas apa yang berlaku di Sabah,” kata sumber parti.

Sumber dalam UMNO mendakwa parti itu disabotaj semasa kempen pilihan raya negeri Sabah, malah kalah di Telupid apabila sekutu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga sekutu Bersatu dalam Perikatan Nasional bertanding di kerusi itu.

“Mereka (Bersatu) janjikan jawatan kanan dalam kerajaan Sabah tetapi tidak tunaikan janji. Bung Moktar Radin terpaksa buat bising untuk dapat apa yang dijanjikan,” tambah sumber itu kepada TMI.

Bung, yang dilantik timbalan ketua menteri, juga diberi jawatan menteri kerja raya selepas tiga jam sebelum dilantik sebagai menteri perumahan.

Sumber dalaman UMNO berkata Zahid boleh memutuskan kedudukan Umno dalam kerajaan seawal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kenapa hina dan ‘kondem’ agama kami soal Ridhuan Tee

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Insiden yang berlaku di Perancis, pelajar Islam memenggal gurunya yang menghina Baginda Rasulullah s.a.w sepatutnya membuka mata semua pihak,...

Analisis: Zahid Hamidi Mengemudi UMNO Memenuhi Titah Tuanku

KEPUTUSAN Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam tadi untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan dalam masa yang sama, menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional...

UMNO Perlu Terbuka Bincang Cadangan Najib Razak

Oleh Dr Aznil Hisham DS Najib membuat beberapa cadangan, atau lebih tepatnya, meletakkan pilihan yang UMNO ada dalam senario semasa. Namun terdapat reaksi dan emosi awal...