Penyokong Kedah Tak Setuju Nama Baru Skuad Hijau Kuning

- Advertisement -

CYBERJAYA: Penyokong pasukan bola sepak Kedah mengkritik cadangan untuk menukar nama pasukan itu kepada Darilaman FC.

Nama Darulaman FC merupakan antara yang dicadangkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) apabila proses penswastaan pasukan itu selesai.

Sebahagian besar peminat Hijau Kuning tidak berpuas hati dengan nama berkenaan dan mahu nama Kedah dikekalkan.

Ultras Kedah antara kelab penyokong yang lantang mengkritik langkah pengurusan KFA yang beranggapan tidak menghargai jasa indvidu terdahulu.

“Salam Semua. Nak habaq kat presiden dan semua yang terlibat dalam KFA la ni (sekarang ini).

“Walaupun ubah FA ke FC tak semestinya ubah kesemuanya. “Takleh-takleh (tak boleh), nak kena ubah juga!” Ubah la sikit-sikit.

“Ni, hangpa ubah sampai takdak (tak ada) langsung identiti/legasi Kedah tu jadah apa?

“Hangpa tak pikiaq (fikir) ka perasaan orang-orang terdahulu yang bersusah payah membangunkan Kedah untuk menjadi satu kuasa besar dalam bola sepak,” kata kelab penyokong itu menerusi Facebook.

Selain isu nama pasukan, penyokong Hijau Kuning tidak berpuas hati dengan logo baharu pasukan yang didakwa ‘buruk’.

Walaupun belum didedahkan, namun menerusi sidang media Presiden KFA, Muhammad Sanusi Mohd Nor semalam, warga maya sempat tangkap layar logo berkenaan selepas Presiden KFA itu menunjukkannya kepada wartawan.

Sementara itu, di ruangan komen di Facebook Sanusi, penyokong merayu kepada beliau supaya nama Kedah dikembalikan dan logo pasukan perlu lebih baik berbanding logo tular.

Mengambil kira pandangan penyokong, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah memuat naik status akan mengambil kira pandangan penyokong.

“Ramai peminat pasukan Kedah hantaq (hantar) mai (sini) minta pilih logo-logo ini, Insya-Allah akan dipertimbangkan.

“Pada peringkat ini, Kedah kena settle dulu keperluan untuk pendaftaran FC mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh FAM.

“Cadangan dan pandangan sentiasa dialu-alukan,” katanya.

Malah, Sanusi juga memberi bayangan akan melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada mereka yang layak.

“Selepas selesaikan semua hutang-piutang KFA tinggalan pengurusan sebelum ini, saya bercadang untuk menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya.

“Ada ramai tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. Saya akan kekal sebagai penyokong setia Hijau Kuning,” katanya. –

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat