Fitnah PM janji campur tangan kes Najib, Pegawai Khas buat laporan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat satu laporan polis terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam susulan kenyataan memburukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Kamarul Zaman muat naik video di Facebook Lokman Noor Adam yang menyebut beberapa tuduhan terhadap Perdana Menteri antaranya perjanjian di antara Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah didedahkan oleh blogger, Raja Petra Kamaruddin.

“Lokman juga menuduh Ismail Sabri telah berjanji untuk mengekalkan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC yang dipegang oleh geng-geng Bersatu dan PAS.

“Selain itu, Lokman juga menuduh Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah yakni meminta disegerakan kes Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” jelas Pegawai Khas Perdana Menteri itu dalam kenyataan pada Khamis.

Kamarul Zaman menegaskan kenyataan Lokman itu berunsur tohmahan dan merosakkan nama baik Ismail Sabri.

Hal demikian beliau menggesa polis menjalankan siasatan ke atas kenyataan-kenyataan yang dilemparkan Lokman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat