Malaysia-Thailand Pergiat Rondaan Selat Melaka – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Thailand menyambut baik cadangan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama rondaan Selat Melaka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia-Thailand juga menubuhkan Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Selain itu katanya, pertemuan dengan rakan sejawat Jeneral Prayut Chan-o-Cha itu juga telah bersepakat bekerjasama dalam beberapa pendekatan pertahanan.

“Ini adalah cerminan tekad teguh kedua-dua negara untuk saling mengeratkan hubungan terutama dalam konteks pertahanan,” kata Hishammuddin dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, pertemuan itu juga S saling ulangi pendirian teguh untuk mengukuhkan hubungan diplomasi Malaysia-Thailand.

“Kami turut suarakan komitmen untuk pastikan setiap yang diperhalusi semasa GBC MALTHAI ke-55 di Kuala Lumpur Mei lalu dilaksanakan sebaiknya demi keselamatan sempadan antara kedua-dua negara,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat