“Maafkan saya”- Rayuan Ziyad ditolak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan rayuan atlet paralimpik lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli ditolak.

Ziyad Zolkefli hari ini memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah mengecewakan ramai apabila kemenangannya dibatalkan malam tadi.

Dalam hantaran di media sosial Ziyad juga menyatakan penghargaannya kepada semua atas sokongan yang diberikan semasa dia menyertai kejohanan paralimpik di Tokyo.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Ziyad malam tadi membawa kegembiraan kepada negara apabila melakukan lontaran yang memecahkan rekod dunia acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran).

Bagaimanapun kemenangan itu dibatalkan selepas penganjur menerima bantahan daripada kontinjen Ukraine yang membangkitkan isu kelewatan Ziyad memasuki bilik menunggu (call room) sebelum pertandingan bermula.

Menurut Twitter rasmi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo, pembatalan itu dibuat berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia yang menyatakan kegagalan melaporkan diri ke bilik menunggu pada waktu yang ditetapkan akan menjadikan keputusan atlet terbabit sebagai DNS (did not start).

Ekoran pembatalan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval, yang mencatatkan lontaran sejauh 17.34 meter diberikan pingat emas.

Lontaran terbaik Ziyad pada malam tadi ialah 17.94 meter.

Ukraine bukan saja bertuah kerana memiliki pingat emas, malah negara itu turut diberikan pingat perak melalui atlet mereka Oleksandr Yarovyi. Wakil dari Greece, Efstratios Nikolaidis, pula mendapat gangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,556FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat