Azalina kemuka RUU pecat ahli Parlimen kepada Speaker Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan hasrat untuk menghantar suatu notis Usul kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan.

Menurut beliau, usul RUU yang dicadangkan bertajuk “𝐑ang 𝐔ndang-𝐔ndang (𝐑𝐔𝐔) 𝐏emecatan 𝐀hli 𝐏arlimen 𝟐𝟎𝟐𝟏”.

“Saya berharap usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan Pilihan Raya Pecat atau “Recall Election” di dalam sidang Parlimen September 2021 ini.

“Di samping itu saya juga berhasrat untuk mencadangkan penubuhan “𝐊𝐚𝐮𝐤𝐮𝐬 𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢” di antara Ahli- ahli Parlimen yang berminat. Ini adalah untuk memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan Demokrasi Berparlimen di negara kita,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azalina membangkitkan isu ini sempena kemerdekaan negara ke-64 tahun kerana terdapat gejala berleluasa di mana wakil-wakil rakyat membelakangi bukan sahaja parti politik yang memberikan watikah pencalonan kepada mereka, tetapi juga masyarakat akar umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu.

Malah katanya, lebih-lebih lagi rakyat yang telah membuang undi untuk wakil rakyat tersebut di atas kepercayaan perwakilan mereka sebagai wakil parti politik dan manifesto yang dijanjikan.

“Ramai rakyat mempersoalkan, apa ertinya mengundi jika Wakil Rakyat boleh memajak- gadaikan mandat rakyat selepas pilihan raya?

“Pemimpin generasi saya harus menerima persaingan antara parti-parti politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat.

“Jika persaingan ini berdasarkan peraturan permainan (rules of the game) yang munasabah, dan bukan dicetuskan dari perpecahan parti politik yang memudaratkan,” katanya.

Azalina menegaskan, persaingan politik perlu dimurnikan bukan dihapuskan, ditekan, di isi dengan kebencian ataupun dihuru-harakan.

“Demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi saya dan generasi lebih muda, mesti berani bermuafakat dan berpakat untuk menjadikan politik sesuatu pilihan kerjaya yang profesional, yang dihormati dan disegani, bukan dikeji dan dicaci.

“Tanggapan rakyat terhadap ahli-ahli politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi, saya terkilan dengan keadaan ini.

“Saya amat berbesar hati dengan perbincangan di antara kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama blok pembangkang dan bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti,” ujarnya.

Walaubagaimanapun beliau ingin menyarankan bahawa bentuk terbaik untuk undang-undang mencegah lompat parti adalah untuk memperkenalkan “𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐜𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧” (Recall Act) di mana pengundi boleh menarik balik mandat yang telah mereka berikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka.

“Oleh itu, hak untuk memilih wakil rakyat yang baru atau mengekalkan wakil rakyat tersebut dikembalikan kepada pengundi.

“Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke – 64 , saya Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada penyelidikan asal yang dilakukan oleh BERSIH 2.0 yang telah berjaya memberi pemahaman kepada orang awam tentang mekanisme pemecatan wakil rakyat.

“Politik dan kuasa berpisah tiada, demokrasi bukan sekadar kata-kata, ahli politik selalu beradu kuasa, jangan sampai rakyat sengsara,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat