Zahid Turun Sabah, Kini Bung Moktar Dan Rahman Seiring

- Advertisement -

Sepanggar – Barisan Nasional berada dalam keadaan kukuh, bersatu dan bersedia untuk berhadapan cabaran Pilihan Raya Negeri Sabah pada 12 – 26 September 2020 nanti berikutan muafakat yang ditunjuk oleh kepimpinan parti tersebut dalam perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dan hari ini.

Beberapa keping gambar perjumpaan yang dibocorkan kepada SuaraTv menunjukkan kehadiran semua pemimpin utama negeri terutama Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Difahamkan dalam perjumpaan tertutup Perjumpaan Tertutup bersama Ketua UMNO Bahagian ZON 1&2: Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu Putatan, Penampang, Rahman selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO turut hadir dan bergambar mesra dengan Bung Moktar dan Ahmad Zahid.

Sebelum terdapat perbezaan pendapat antara Bung Moktar dan Rahman Dahlan yang menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa BN sedang berpecah antara kumpulan Bung dan Rahman.

SuaraTV pernah menyiarkan artikel menyarankan Bung dan Rahman supaya mengingati pengorbanan mereka berdua semasa mahu memenangi PRK Kimanis.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat