Bekas MB Johor Akan Dirujuk Ke Lembaga Disiplin – PPBM

- Advertisement -

KULAI: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akan dirujuk ke Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana dipercayai berkempen untuk calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim baru-baru ini.

ketua PPBM Bahagian Pulai, Ya’cob Atan berkata, laporan itu dibuat selepas bahagian pulai bermesyuarat pada minggu lepas.

“Berkempen untuk calon yang menentang kita (Bersatu) bertentangan dengan Fasal 10.2.2 dan Fasal  10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” katanya.

Beberapa hari lepas, viral video bekas MB Johor sedang berucap di kempen PRK Slim untuk calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. Othman mengaku dia masih Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan masih ahli tetapi mendakwa perjuangan PPBM sudah menyeleweng dari tujuan asal penubuhannya.

Link: https://www.facebook.com/SuaraTV/posts/2731524927104189

Kenyataan bekas Menteri Besar Johor itu bercaggah kononnya kehadirannya ke Slim hanyalah untuk makan angin dan tiada kaitan berkenaan hal politik.

Pada PRK Slim, calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz telah memenangi dengan memperolehi undi 13,060, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Bebas) 2,115 undi dan bekas guru S. Santharasekaran (Bebas) 276 undi. BN menang dengan majoriti 10,945 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat