Senator AMANAH Bidas Mursyidul Am PAS.

- Advertisement -

CYBERJAYA: Senator Aiman Athirah Sabu hari ini membidas Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dengan menyamakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dengan burung hud-hud.

Tindakan Mursyidul Am PAS itu juga yang mengumpamakan lawatan Menteri Khairuddin ke Turki sebagai menyamai kisah ‘burung hud-hud’ bersama Nabi Sulaiman a.s sepertimana yang diceritakan oleh kitab suci Al Quran adalah sangat semberono dan bersifat melampau. Ia upaya mengundang persepsi negatif kepada agama Islam itu sendiri.

Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama PAS Perak itu, Hashim memetik kisah dalam Surah An-Naml itu dengan mengatakan keingkaran burung hud-hud itu menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.

Terdahulu, Khairuddin telah dikompaun sebanyak RM1,000 akibat melanggar perintah kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selama 14 hari selepas pulang dari lawatan negara Turki.

Beliau juga telah diambil keterangan oleh Polis di Bukit Aman jumaat lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat