Mariah Carey dedah ‘tak selesa’ dengan sikap Ellen DeGeneres

- Advertisement -

BELUM sempat isu mengenai persekitaran tempat kerja toksik serta sikap buruk pengacara Ellen DeGeneres menjadi bualan, timbul satu lagi isu apabila Mariah Carey berkongsi pengalaman ‘tidak selesa’ ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Ellen DeGeneres Show pada November 2008.

Mariah yang baru saja keguguran dan tidak pernah berkongsi mengenai kehamilannya ketika itu terpaksa berdepan dengan sikap Ellen yang sengaja ingin membuatnya membuka mulut dengan mengajaknya meminum champagne.

“Apa yang boleh saya katakan, saya rasa sangat tak selesa. Ia adalah satu pengalaman yang sukar untuk saya apabila terpaksa berdepan situasi dan sikap sebegitu,” katanya.

Dalam temubual bersama portal hiburan Vulturer semalam, Mariah berkata, dia tidak bersedia untuk berkongsi mengenai kehamilannya ketika itu kerana baru saja keguguran.

Menurut penyanyi lagu Hero itu, dia mengharapkan ada sikap empati daripada pengacara itu ketika temubual itu berlangsung.

“Saya mengharapkan ada sikap empati daripadanya ketika itu, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Mariah pada awalnya sudah menolak permintaan Ellen untuk berbicara mengenai kehamilan, namun pengacara itu tetap meneruskan rancangannya untuk ‘memaksa’ Mariah supaya mengaku.

Ellen kemudiannya membuka sebotol champagne dan menuangnya ke dalam gelas sebelum Mariah cuba menolak untuk minum dengan alasan alkohol boleh menggemukkan.

Dia bagaimanapun berpura-pura minum dan memberitahu Ellen bahawa waktu itu terlalu awal untuk minum minuman keras kerana dia hanya meminumnya selepas jam 3 petang.

Mariah muncul dalam program itu tujuh bulan selepas berkahwin dengan bekas suami, Nick Cannon.

Selepas hampir dua tahun kemudian, pada Oktober 2010 Mariah mengumumkan mengenai kehamilannya dan menantikan cahaya mata kembar.

Dia kemudiannya melahirkan anak kembar, Moroccan dan Monroe pada April 2011 pada hari ulang tahun perkahwinan keempatnya bersama Nick.

Bagaimanapun, mereka mula berpisah pada Disember 2014 sebelum mengesahkan perceraian pada November 2016.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat