Sanusi Akui Kenal Warga China So Loi Fat Tapi Nafi Bawanya Masuk Ke Malaysia

- Advertisement -

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan beliau membawa masuk So Loi Fat ke negara ini yang dikaitkan dengan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.

Muhammad Sanusi sebaliknya mendakwa warga China berkenaan berada di negara ini sebelum dia dilantik menjadi Menteri Besar pada 2020.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Saifuddin Nasution Ismail juga dinasihatkan menyemak kembali maklumat yang diterima berkaitan isu terbabit.

“Tuduhan Saifuddin ini kata sayalah buat surat untuk So Lai Fat masuk Malaysia, dak, saya masuk di pejabat (Menteri Besar) dia ada di Malaysia lama dah.

“Jadi Saifuddin kena ‘check’ balik maklumat dia kot depa ni perkena dia, agensi-agensi yang ‘supply’ maklumat pada dia perkena dia,” katanya ketika ditemui pemberia selepas hadir ke program sembang santai sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Taman Sri Putra Kuala Kedah pada Selasa.

Muhamad Sanusi bagaimanapun mengakui mengenali So Loi Fat sebagai ‘Mr So’ dan pernah berkomunikasi dengannya menggunakan penterjemah kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

“Dialah cerita kat saya pasal dah bagi kat MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah) RM 5 juta sebelum ini, dia dah habis RM30 juta, dia dah buat macam-macam persiapan dan dah ada perjanjian dengan MBI sebelum saya masuk office,” katanya.

Tambah Muhammad Sanusi, apabila dilantik menjadi Menteri Besar, beliau kemudiannya menyuruh So Loi Fat meneruskan projek berkenaan tetapi perlu mengikut lunas undang-undang.

Saifuddin Nasution sebelum itu mendedahkan gambar Muhammad Sanusi bersama So Loi Fat, yang didakwa seorang daripada dua pekerja dibawa masuk oleh MBI untuk melakukan kerja-kerja eksplorasi REE di hutan simpan Bukit Enggang, Sik. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat