Kutip cukai apa yang patut, jangan bebankan rakyat – PM beritahu LHDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan ahli-ahli percukaian telus dan adil apabila mengutip cukai daripada rakyat dan komuniti perniagaan.

Tegas beliau yang juga Menteri Kewangan, hanya cukai apa yang patut sahaja dan jangan bebankan rakyat.

“Semasa ucapan saya di perasmian Persidangan Percukaian 2023 pagi ini, saya singgung tentang kepentingan hasil cukai dalam penstrukturan semula ekonomi kita dan pengagihan kepada lapisan masyarakat yang perlu bantuan.

“Walaupun negara perlu meningkatkan kutipan cukai, saya berharap LHDN akan menyahut cabaran peredaran zaman dan tekonologi, seperti teori ‘creative destruction’ Joseph Schumpeter, di mana produktiviti dan pembangunan akan meningkat apabila teknologi dan cara-cara yang lapuk diganti dengan inovasi baru.

“Dalam erti kata lain, LHDN perlu menjadi lebih inovatif untuk merombak semula sistem percukaian supaya menjadi lebih efisien dan berkesan di zaman sekarang,” kata Anwar dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan agar semua dapat memperbaiki tata kelola dan menerap sikap amanah dalam pengurusan wang.

“Tidak ada guna jika hasil cukai kita meningkat sebanyak mana pun, tetapi masih ada berbilion ringgit wang rakyat disedut lesap oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Negara akan kekal kucar-kacir dan rakyat tidak akan terbela jikalau integriti institusi-institusi masih rapuh,” jelasnya.

Tambah Anwar, Ekonomi Madani yang telah beliau luncurkan minggu lepas adalah perancangan Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Nilai-nilai murni seperti adil, saksama, amanah, dan bertanggungjawab inilah yang akan merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.

“Kerajaan boleh menetapkan objektif-objektif ekonomi yang meninggi langit, namun mereka tidak akan tercapai jika semua rakyat Malaysia tidak berganding bahu dan mengamal sifat-sifat terpuji.

“Kita pernah menjadi juara Asia satu ketika dahulu, namun kerakusan dan ketirisan sesetengah pihak yang menyalah-gunakan kuasa mereka untuk mengayakan diri sendiri dan kroni telah membuat Malaysia menjadi mundur dan hilang arah kompas moralnya.

“Oleh itu, marilah kita semua rakyat menggembleng tenaga untuk memperbaiki struktur ekonomi negara tercinta agar ia menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita,” seru Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat