SOSMA Tak Bercanggah Dengan Islam, Lebih Baik Dari ISA – Nik Abduh

- Advertisement -

GUA MUSANG – Pas menukar keputusan dengan menyokong pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA lima tahun lagi kerana dilihat tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, SOSMA tidak terkeluar daripada landasan Islam malah dilihat lebih baik berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 jika dinilai dari aspek penggubalan.

Menurut beliau, tempoh tahanan di bawah ISA sebelum ini menjangkau sehingga 60 hari, berbanding SOSMA yang hanya membenarkan penahanan seseorang individu kepada 28 hari.

“Saya sebut bahawa SOSMA itu tidak bercanggah dengan agama kita (Islam) kerajaan boleh teruskan dan Pas bagi sokongan.

“Cuma apa-apa salah guna kuasa yang disebut atau dirungut oleh rakyat, kerajaan mesti mendengar. Saya menyokong semua rungutan yang disebut semua,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok mengakui, sebelum ini Pas membantah ISA dan SOSMA kerana kedua-duanya dilihat mempunyai unsur salah guna kuasa.

“Selepas ISA dimansuhkan dan SOSMA telah dibaiki terutama dia sebut bahawa tidak ada lagi kes-kes yang melibatkan orang politik, maka kita tengok balik usaha kerajaan untuk mengekalkan SOSMA ini ada alasannya yang kukuh.

“Jadi sokongan pas kepada pelanjutan SOSMA ini dibuat kerana ia jauh berbeza dengan ISA,” ujarnya.

Tambah Nik Mohamad Abduh, beliau berharap kerajaan mampu memperbaiki SOSMA dari semasa ke semasa.

Selasa lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk melanjutkan SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi.

Usul itu diluluskan selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan 111 Ahli Parlimen menyokong, manakala 88 Ahli Parlimen tidak menyokong dan 21 Ahli Parlimen tidak hadir. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat