Samsung Galaxy M31s Dengan Skrin 6.5 Inci AMOLED, Bateri 6000mAh Diumumkan

- Advertisement -

Samsung baru sahaja melancarkan smartphone pertenghan dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu Samsung Galaxy M31s. Telefon pintar ini memiliki paparan berukuran 6.5 inci dengan resolusi FullHD+ jenis Infinity-O Super AMOLED dengan nisbah skrin ke badan lebih dari 91%.

Ia turut dikuasakan oleh pemproses Exynos 9611 10nm terbaru dengan RAM hingga 8GB serta ruang memori dalaman sebesar 128GB. Model mampu milik ini turut dilengkapi dengan kamera utama belakang 64MP, 12MP kamera sudut ultra-lebar, sensor kedalaman 5MP, kamera makro 5MP dan kamera 32MP di bahagian depan untuk selfie.

Telefon pintar ini juga turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang di pasang di sisi, slot dual SIM dan microSD khusus, dan bateri 6000mAh yang besar dengan pengecasan pantas 25W melalui USB Type-C. Menurut Samsung, kapasiti bateri pada telefon ini menjanjikan 27 jam masa mainan video, 51 jam masa panggilan suara, dan lebih dari 125 jam masa mainan muzik.

Samsung Galaxy M31s hadir dalam warna Mirage Black dan Mirage Blue, dengan harga Rs.19,499 untuk Model 6GB/128GB manakala model 8GB/128GB berharga Rs.21,499 untuk pasaran India. Harga Samsung Galaxy M31s di Malaysia dijangka bermula sekitar RM1199.

Mesramobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat