Koleksi Kasut ‘Tealive x Katun’ Edisi Terhad Ini Diberi Secara Percuma Buatkan Peminat Teruja

- Advertisement -

Tealive merupakan jenama minuman yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, terdapat pelbagai variasi minuman boba yang boleh dipilih dan menyegarkan tekak anda.

Apa yang mengejutkan adalah Tealive tampil dengan kasut Nike Air Force 1 ‘Custom’ oleh pelukis ilustrasi dan graffiti, Katun. Rata-rata netizen berasa teruja apabila Tealive ‘teaser’ gambar tersebut baru-baru ini.

Lebih mengejutkan apabila kasut custom edisi terhad itu boleh didapatkan secara percuma. Betul, anda tidak salah lihat kerana memang percuma! Bersempena dengan kredit ePenjana yang baru diberikan oleh kerajaan, Tealive akan berikan 10 pasang kasut tersebut kepada anda yang bertuah.

Mudah sahaja untuk anda menangi koleksi kasut yang ‘awesome’ ini. Anda hanya perlu bayar menggunakan Touch n Go, Boost atau Grabpay di Tealive sebanyak 4 kali dan minimum RM13 untuk setiap transaksi bermula 31 Julai 2020 sehingga 30 September 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh klik sahaja di sini. Tunggu apa lagi? Mana tahu anda bertuah untuk dapatkan kasut edisi terhad ni ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat