PRN Sabah: Bersatu Mahu 45 Kerusi, Jangan Mimpi Kata UMNO

- Advertisement -

Kuala Lumpur – UMNO menyifatkan tindakan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah mengeluarkan kenyataan tanpa melakukan sebarang perbincangan sebagai tidak ikhlas dalam persahabatan.

Ketua Penerangan parti itu, Shahril Hamdan secara sinis berkata Bersatu “jangan bermimpi” susulan hasrat Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

“Dua perkataan: Jangan mimpi. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding.

“Umno Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun Bersatu sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi.

“Itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Hajiji awal pagi tadi berkata parti itu akan meletakan calon bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Bagaimanapun katanya, Bersatu Sabah bersedia berbincang dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN), bagi menghadapi PRN Sabah, demi mengumpul kekuatan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Dia yang juga Adun Sulaman berkata bahawa Bersatu Sabah akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memperhalusi persiapan jentera pilihan raya parti di setiap kawasan DUN Sabah.

Ketika ini, Umno Sabah memiliki hanya satu daripada 17 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU14 selepas 16 Adunnya, termasuk Hajiji meninggalkan parti itu dan menyertai parti gabungan kerajaan Warisan dan Bersatu.

Kerusi DUN tunggal Umno disandang Musa Aman yang mewakili DUN Sungai Sibuga.

Seterusnya Shahril turut menasihatkan Bersatu Sabah supaya menghormati rakan gabungan PN sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak.

“Kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan terhadap Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin akan bijak menguruskan landskap terbaru di politik Sabah.

“Saya yakin Dato’ Sri Bung Moktar dan pasukan Umno Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini.

“Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah Umno Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat