Burger bakar Maya Karin tutup terus, mulai hari ini

- Advertisement -

PELAKON Maya Karin, 41, terpaksa melupakan hasrat untuk meluaskan perniagaan burger bakar yang dirancang sebelum ini, berikutan ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya.

Enggan mendedahkan secara terperinci, Maya akur terpaksa mengambil keputusan berat itu dan penghantaran terakhirnya didedikasikan di tempat pengajian anak yatim.

“Penghantaran terakhir ini kepada Mahaad Taufiq Lil Atyam. Dengan ini, saya ingin mengumumkan burger bakar Maya Karin akan tutup bermula 1 Ogos (hari ini).

“Saya juga memberitahu tidak terbabit dengan mana-mana jenama burger. Ditambah, projek burger ini saya mulakan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu untuk mengisi masa terluang.

“Sejujurnya, niat di hati memang ingin memperluaskan perniagaan burger bakar ini, tapi saya dapati ada pihak cuba mengambil kesempatan. Jadi, itu antara ebabnya saya buat keputusan untuk tutup terus,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Munafik 2 ini mengakui sangat terharu dan bersyukur perniagaan burger bakat itu sangat mendapat sambutan luar biasa sepanjang beroperasi.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua yang tidak terhingga. Saya amat hargai segala sokongan yang diberikan itu,” katanya.

Terdahulu, Maya secara tidak sengaja bergelar peniaga burger bakar sejak PKP dilaksanakan. Menurutnya, ia bermula apabila seorang rakan meminta dia menyimpan alat pembakar dan kiosk besar di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Penchala, Selangor.

Sejak itu, permintaan terhadap burger bakar Maya semakin laris dan meluas sehingga dia akhirnya berfikir untuk membuka cawangan lain sebagai usaha mengembangkan perniagaan itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat