Netizen seluruh dunia dikejutkan semalam dengan satu video yang datang dari India di kawasan Andhra Pradesh, India yang memaparkan seorang lelaki terjatuh dari sebuah kawasan tinggi sehingga maut di tempat kejadian.
Hasil tinjuan tentang video itu, lelaki yang maut dipercayai seorang sami Hindu di daerah berkenaan yang mendakwa dirinya boleh terbang dengan menggunakan kuasa luar biasa.
Dalam video berkenaan, mangsa dilihat menjalankan satu upacara keagamaan Hindu sambil ditonton oleh ramai orang yang mahu melihat apa yang dilakukan oleh mangsa selepas itu iaitu cuba terbang.
Video berkenaan ditayangkan di akaun Instagram indiascrolls tular dan ia mencetuskan perbualan panas dalam kalangan netizen di seluruh dunia menerusi pelbagai platform media sosial.
Rakaman video itu turut tular ke Malaysia kebanyakannya melalui platform X dan Facebook.
Rata-rata netizen membincangkan tentang aspek penting untuk kekal selamat dan mengelak dari melakukan sebarang aksi yang ada risiko akan berlaku kemalangan yang akan mengakibatkan kecederaan atau maut.
Lelaki berkenaan selepas selesai menjalankan ritual itu, telah bergerak ke tepi lereng gunung itu dan kemudian seperti terjatuh sebelum sempat terjun kononnya untuk terbang.
Menurut laporan pihak berkuasa, lelaki itu disahkan maut disebabkan kecederaan parah yang dialaminya.
Link video : https://www.instagram.com/reel/DaLP5yNzEH_/



