Kerja buat batu-bata kini jadi trend strim langsung Tiktok di Indonesia, usaha raih pendapatan tambahan hasil ‘gift’

Sebelum ini, pernah tular di media sosial strim siaran langsung di platform Tiktok di Indonesia, menunjukkan pengguna Tiktok mandi di dalam kolam tidak kira siang dan malam untuk mendapatkan hadiah di Tiktok yang juga merupakan wang tunai.

Selepas itu, di Indonesia muncul pula trend mereka membuat siaran langsung sambil menari juga untuk tujuan yang sama untuk mendapatkan hadiah dari penonton seterusnya menjadi pendapatan untuk mereka.

Sekarang, corak strim langsung di negara jiran itu sudah berubah di mana mereka yang melakukan kerja yang berat sudah mula strim secara langsung sepanjang waktu bekerja untuk mencari pendapatan tambahan selain pendapatan biasa yang begitu sedikit dek kerana kerja yang dilakukan diberi gaji amat kecil.

Satu daripada trend sekarang ialah para wanita yang masih muda di Indonesia membuat strim langsung ketika bekerja menghasilkan batu-bata dari tanah liat bermula dari pagi sehingga ke malam.

Seorang wanita yang berasal dari Sumatera dan bekerja menghasilkan bata di daerah Bukit Tinggi dengan akaun Tiktok anii membuat strim langsung prosesnya membuat batu-bata.

Menurutnya ketika dalam siarang langsung, kerjanya bermula pada waktu pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 malam waktu Indonesia dengan upahnya sebiji batu bata diberi upah 100 rupiah.

“Jika saya berjaya siapkan 250 bata sehari saya akan dibayar 250,000 rupiah teman-teman,” katanya dalam siaran langsung berkenaan.

Bukan anii seorang sahaja malahan di kawasan tempat dia bekerja ada lagi beberapa orang wanita yang masih muda turut membuat strim langsung di antara mereka demi untuk mencari pendapatan tambahan.

Ada netizen yang menonton siaran langsung mereka pernah bertanya adakah mereka menjadi mangsa pemerdagangan manusia?

Anii bagaimanapun menafikan perkara itu.

Di Indonesia, gaya strim langsung ketika melakukan pekerjaan yang dianggap pekerjaan yang gaji murah ketika ini semakin popular.

Ada strim langsung, sedang mengupas kulit kelapa untuk dibuat santan, sedang membersihkan cawan plastik untuk tujuan kitar semula dan ada strim langsung ketika memotong batu untuk dihasilkan batu-batu yang lebih kecil.

Ada seorang daripada mereka yang melakukan strim langsung pernah menerima hadiah seekor singa yang bernilai kira-kira RM2,488 di Malaysia.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat