Malaysia harap WTO terus berevolusi untuk kekal relevan dan mampu tangani cabaran baharu – Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal memberi sokongan kepada sistem perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan, demikian menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Dalam pada itu, beliau juga berharap institusi berkaitan perdangan seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) perlu terus berevolusi untuk kekal relevan dan mampu menangani cabaran baharu dalam dunia.

Beliau menyampaikan ucapan dalam satu majlis makan malam alu-aluan sempena Meja Bulat Asia-Pasifik ke-39 (APR) di ibu negara malam tadi di ibu negara.

Ia dianjurkan oleh Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa dunia kini menyaksikan hubungan yang semakin rapat antara ekonomi dan geopolitik,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Menurut Johari, bagi sebuah ekonomi yang terbuka seperti Malaysia, keutamaan negara adalah mengekalkan keterbukaan perdagangan, memperkukuh daya tahan ekonomi serta mempelbagaikan kerjasama strategik agar negara terus berdaya saing dalam suasana global yang penuh ketidaktentuan.

“Dengan kerjasama yang kukuh, Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan yang pragmatik, inklusif dan fleksibel dalam memperluaskan peluang ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara di pentas antarabangsa,” kata Johari.

Menerusi laman Instagram KSN, beliau menyuarakan pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Malaysia menuntut agar keganasan dan kekejaman di wilayah Gaza dihentikan segera, demikian pendirian negara dalam sesi APR yang berlangsung di ibu negara.

Malaysia juga mengamalkan dasar berkecuali yang aktif, membolehkannya menjalin hubungan rapat dan perdagangan dengan semua pihak—termasuk Amerika Syarikat dan China—tanpa memihak kepada mana-mana entiti geopolitik tertentu.

Malaysia turut menekankan kepentingan ASEAN membentuk masa depan dengan keupayaan sendiri, serta menggesa rantau ini memainkan peranan yang lebih proaktif dan tindakan kolektif dalam menangani turun naik isu geopolitik yang kompleks.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat