Lim Guan Eng Tuntut Pulangkan RM2.8 Bilion Kekurangan Peruntukan Kepada Pulau Pinang

Pulau Pinang – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendesak Kerajaan Persekutuan supaya “memulangkan serta-merta” kekurangan peruntukan kepada Pulau Pinang berjumlah RM2.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Menerusi satu kenyataan di media sosial rasminya, beliau mendakwa berlaku ketidakseimbangan dalam agihan peruntukan Persekutuan berbanding sumbangan negeri-negeri kepada kerajaan pusat.

Beliau memetik data yang dikatakan telah dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurut beliau, Pulau Pinang menyumbang kira-kira RM10.7 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, namun menerima sekitar RM7.9 bilion dalam tempoh 2023 hingga 2025.

“Selangor dan Pulau Pinang merupakan dua negeri yang menerima peruntukan lebih rendah daripada sumbangan mereka kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau turut mendakwa Kedah menerima peruntukan lebih tinggi walaupun sumbangannya lebih rendah, sekali gus mempersoalkan justifikasi agihan tersebut.

Lim turut menggesa Perdana Menteri merangka “formula keadilan untuk semua” bagi memastikan tiada negeri yang didakwa dianaktirikan dalam agihan peruntukan akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat