Dedah siapa dalang ‘push the deal’ sebalik penjualan saham MAHB kepada BlackRock – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan diberikan berhubung keputusan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), selepas beliau menerima satu surat layang mendedahkan ‘dalang’ di sebalik keputusan berkenaan.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) secara terbuka turut menamakan individu terbabit yang didakwanya pegawai atasan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia siapa dalang sebenarnya, selain Khazanah (Khazanah Nasional Bhd) dan KWSP yang benar-benar ‘push the deal’ berkenaan MAHB ini.

“Difahamkan individu ini, ada karakter pembuli dan ramai kakitangan KWSP tidak berani bersuara. Jadi mereka minta kami, pihak pembangkang suarakan kebimbangan mereka. Mereka tidak mahu bersubahat dengan keputusan Kerajaan Madani menjual saham dan dana KWSP,” katanya ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayshal berkata, sehubungan itu, beliau turut menuntut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil pihak berkaitan dan melakukan siasatan terperinci berhubung penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat BlackRock yang didakwa didalangi individu tertentu.

“Tolong siasat dalang penjualan saham MAHB dalam Khazanah dan KWSP.

“Saya menggesa PAC panggil mereka semua untuk terangkan kepada kami kenapa jual saham ini kepada BlackRock dan Global Infrastructure Partners (GIP),” katanya.

Ketika perbahasan sama, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) turun bangkit mencelah dan mempersoalkan tindakan kerajaan meluluskan penjualan saham MAHB.

“Jika dilihat (daripada aspek) urus niaga satu blok besar, 30 peratus saham MAHB kepada konsortium disertai GLP ini, dari sudut ekonomi, tiada asas, begitu juga (aspek) kewangan, apatah lagi daripada aspek kemanusiaan. Jadi apa asas yang digunakan kerajaan untuk benarkan penjualannya,” katanya.

Wan Ahmad Fayshal turut membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menyifatkan pembangkang sengaja mempolitikkan isu penjualan saham MAHB.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menamakan BlackRock sebagai penyumbang genosid. Jadi saya nak ingatkan kepada Kerajaan Madani yang mengatakan (pembangkang) terpaling Palestin, lebih Hamas daripada Hamas, ini satu penghinaan oleh Tambun (Anwar) kepada kami dan rakyat Malaysia.

“Adakah ini penanda aras hak asasi manusia yang Kerajaan Madani ingin bawa,” katanya lapor BH.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal mengemukakan usul tergempar bagi menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat berkait BlackRock, namun usul itu ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat